Tuesday

Saya Ni Lelaki.

Kejadian 1:

Lokasi: Bilik wudhu' di salah satu masjid di Alor Setar, Kedah.

.............

Kawan nak ke Perlis dengan teman-teman kawan. Saja jalan-jalan ke negeri orang. Sampai di Alor Setar, kami berhenti di salah sebuah masjid untuk menunaikan solat Subuh berjemaah. Kawan masuk ke bilik wudhu' dahulu untuk mengambil air sembahyang. Takkan kawan nak memasak pula dalam bilik wudhu'. kawan buka paip air. Adjust kelajuan air kasi sederhana. Tak elok bukak paip kasi air laju-laju. Membazir itu amalan syaitan. Kawan mulakan dengan bismillah dan mengambil wudhu'. Selesai wudhu', kawan baca doa selepas wudhu'. Ngam-ngam lepas baca doa lepas wudhu', seorang pakcik yang kawan rasa penduduk tempatan area situ, lengkap dengan jubah dan serban berkata, "Eh, ni tempat lelaki. Tempat perempuan sebelah sana." sambil tengan kedutnya menunjukkan arah tempat untuk kaum wanita. Kawan toleh pada pakcik tu. Pakcik tu terkejut. "Eh, lelaki rupanya. Maaf ya nak!" sambil tersengih macam kerang baru bangun tidur.


----------------------------------
Kejadian 2:

Lokasi: Tandas awam si Subang Parade.

......................

Kawan tolong makwe kawan berniaga baju di bazaar dalam Subang Parade. Lepak sekali dengan teman-teman kawan yang lain. Berniaga dalam tempat berhawa dingin, membuatkan kawan susah nak hisap rokok. Tambahan pula, masa tu kawan tengah tak sedap badan. Macam nak demam. Tekak sakit. Hidung rasa nak berair. Kawan cari toilet yang berhampiran untuk melepaskan niat hisap rokok bagi menghilangkan tak keruan yang kawan rasa sejak dari tadi. Settle rokok sebatang, kawan keluar dari tandas dan pergi ke sinki untuk membasuh muka. Tengah feel kawan basuh muka, seorang budak kecik lingkungan umur 7-9 tahun keluar dari tandas berhampiran bersama ayahnya. Budak kecik tu tengok kawan. Kemudian tengok ayahnya seraya berkata, "Eh, auntie ni salah toilet la papa!" Ayahnya senyum. Nak gelak kuat-kuat takut kawan hentak guna lutut nanti. "Maaflah dik. Budak kecik. Rambut panjang semua dia ingat perempuan."

-----------------------------------------------------

Dua kes yang berlainan tempat, masa dan ritual yang dilakukan. Tapi dua-dua kes melibatkan mangsa yang sama. Kejadian 1 tu, nak marah, orang tua. Kes 2 pulak, nak marah, budak kecik. Cilakak betul la. Agak-agak, kalau kawan potong rambut kawan, ada gaya tak? Kang rasa muda kembali, susah pula. Cilakak lagi sekali.

3 comments:

LANN said...

Hahahahaaaaa lawak3

ahleng ariKen said...

haha..daimm..mmg petanda kena potong rambut la tu ..haha

haidazri said...

sile2 la potong rambut 2.. tanda2 dah jelas tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...