Monday

Aktiviti Sihat Betul Ni

Sejak merasa hambar di Kelana Jaya ni tanpa sebarang aktiviti yang boleh membuatkan kawan mengisi masa lapang, kawan lebih banyak berimaginasi dengan diri sendiri. Memikirkan masa depan yang masih lagi tak berapa nak nampak mataharinya. Aktiviti seharian di rumah bukanlah seindah seperti yang disangkakan. Hanya bermodalkan broadband pinjam ini sahajalah yang dapat membantu kawan sedikit sebanyak menolak kebosanan yang kian berkulat ni. Nasib baik jugalah ada external hard disk yang mengandungi filem-filem yang didownload tanpa belas kesian oleh sang makwe. Dapat juga kawan layan bila tahap bosan tu umpama menunggu giliran untuk menerima skroll ketika majlis konvokesyen.

Jadi, untuk menghilangkan kebosanan bila semua penghuni rumah 30 pulang ke kampung halaman lagi 2-3 hari, kawan dah plan baik aktiviti untuk diri kawan sendiri. Kawan dah listkan dah. Cuma tak tau nak pilih mana satu.


1. Tebas rumput dan lalang di halaman rumah. Lepas tu nyangkul, mancah-mancah sikit buat batas. Tanam cili ke, serai ke, daun pandan ke, durian belanda ke..

2. Bersihkan rumah untuk kesihatan dan kesejahteraan bersama. Menyapu, mengemop, mengelap dan menukang. Dah tu, apa guna ada cleaner datang rumah kalau kawan yang buat kerja tu semua?

3. Lepak kat luar dengan teman-teman kawan yang tak betul dan yang sedikit betul. Teman yang betul? Entah la. Kawan sendiri pun tak berapa nak betul ni. Tapi ada sedikit permasalahan kalau lepak untuk mengisi masa senggang. Yang pertama, rumah nanti takde sape nak jaga. Kedua, musim duit menari-nari masih belum sampai lagi.

4. Tidur yang cukup dan terlebih cukup. Contohnya tidur jam 5-6 pagi, Dan bangun pada jam 1.30 pagi lebih kurang. Ha, yang ini kawan tengah praktikkan. Kesannya? Memang la best bila bangun tidur kemudian muka sembab, otak lembap, perut kosong, tekak haus, kepala pening.

3 comments:

LANN said...

Bila outing2 nih. Barula betul..

динкиллер said...

bab aktiviti no.1 tu gua boleh tolong..
ayah gua dulu ade tanam pokok durian belanda dekat kebun dia..
nnt gua usyar2 tengok ade lagi x benih2 pokok durian belanda..

jenjibam said...

dalang: kawan tak berapa nak into sangat jenis pokok berbuah lambat. kalau boleh, hari ni tanam, esok tumbuh dah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...