Monday

Jalan ke Medan dengan family tak berapa best. Yang bestnya pasal fully sponsored, (Part 1)

Hari tu, kawan dengan family kawan ke Medan, Indonesia. Saje jalan-jalan sambil jenguk adik kawan yang belajar kat sana. Malas nak intro banyak, kawan akan ceritakan serba sedikit perjalanan kawan ke sana dengan family. Kira cerita bergambar la nih. Oh ye, fully sponsored. Kehkehkeh..



Hari pertama:


RM tu maknanya Rumah Makan. Ada kawan kesah?



Port sarapan pagi. Menu yang ada, nasi soto jek. Hadoi.



Lepas sarap takkan nak tido pulak. Teruskan la perjalanan ye tak?


Atok kawan: Abang janji yang..janji tak buat lagi dah.
Nenek kawan: Erm..erm...



Port makan tengahari. Baik punya!


.
Lepas makan, ingat nak la amik gambo kenangan dengan tokey kedai. Tapi tokey kedai takde. Pergi gig katanya. Last-last, amik gambo dengan lori kompeni je. Model terdiri dari adik ipar kawan dan anak sedare kawan serta lori Suzuki kompeni.



Lepas makan, macam biasa, jalan lagi dan lagi. Dah nampak dah gunung dan bukit. Macam petanda baik.


Ni dah kat Pekan Parapat. Restoran Sehat memanggil-manggil. Tapi kawan macam tak konfiden sangat pasal ada cop Bintang tu. Nasib bukan hentian makan seterusnya.


Atok kawan kalau posing memang cap A.


Kiri kanan tu bilik penginapan kawan dan keluarga. Selek betul tak bawak pancing. Kalau tak, konpom siakap kawan bawak naik dari balkoni tu jek.




Bersambung la pulak...

3 comments:

LANN said...

Lomo Indon takde bam?

jenjibam said...

takde duit nak develop la lann. hehe

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) said...

esh esh. bawak pancing, jual siakap, boleh develop. uh. jibam, kat jb, selalu mana develop? aku kat pasir gudang, tak tau kat mana nak develop. uh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...