Sunday

Demam Kawan Ni Spesel Sikit..

Piala Dunia 2010 telah pun tiba. Ramai yang sibuk mencanangkan pasukan bola sepak pilihan masing-masing. Ada yang pilih Brazil, Argentina, Belanda, dan Itali. Tak kurang juga ada yang memilih Kanada dan Equador walaupun negara tersebut takde pun dalam senarai untuk Piala Dunia kali ni. Memang demam bola sepak makin terasa sekarang ni. Pergi mana-mana orang semua sibuk bercerita tentang bola. Brader jual burger dah mula sarung jersi. Brader mesin rumput yang kerja untuk gomen pun dah mula sarung jersi time bertugas. Drebar lori memang dari dulu lagi kawan selalu nampak diorang sarung jersi masa hantar barang. Tapi kebanyakan diorang sarung jersi yang tak tulen. Walaupun sebegitu, kawan masih lagi rasa diorang true dalam bola sepak ni. Cuma hidup dalam kategori "working-class"ni kenalah jimat-jimat belanja. Tak gitu? Sekurang-kurangnya mereka tahu membezakan kain jersi dan baju putih cap pagoda.

Masa ni lah brader-brader opis yang mana kerjanya memang masuk pagi balik petang, adakala sampai malam, dapat menguji tahap IQ masing-masing. Kepala otak secara naturalnya akan mula berfikir macam mana nak kerja esok kalau game awal pagi. Maka klinik swasta pun kaya dengan kunjungan diorang. Yang beli surat sakit lain, yang beli dengan ubat-ubat pun ada untuk bukti tambahan. Asalkan dapat tengok bola secara langsung dari kaca TV. Yang ada sakit betul-betul pun ada. Mana tak sakit betul-betul, kalau dah tengah malam layan bola sambil bantai air botol berkarbonat berkarton-karton. Kena pulak yang jenis tak eksesais. Memang lemah zahir batin la jawabnya. Itu tak masuk lagi kalau kawan-kawan datang ke rumah nak tengok bola sama-sama. Memang lagi asyik la kudapan-kudapan dan jajan sambil layan bola tu. Namun nak kata hidangan ikan bawal masak stim, memang mintak maaf la. Jangan harap tuan rumah nak masak.

Mana-mana brader yang kerja ikut shift memang seksa untuk diorang la. Brader pam minyak, brader jaga, dan brader jaga kaunter kafe saiber sebagai contoh. Yang mana kerja shift siang tu memang senyum la. Yang mana jaga shift malam tu siapa nak jawab? Silap-silap haribulan, meraung kat tempat kerja. kalau tempat kerja ada provide TV dan Astro sekali, memang la heaven. Tapi kalau jenis kat tempat kerja apa pun takde? Silap-silap brader-brader tu boleh bikin piket.

Kawan tengah demam sekarang. Bukan demam bola pun. Tapi macam tau-tau saja bila ngam-ngam Piala Dunia bermula, secara automatik kawan demam. Bermula dengan bersin yang bertubi-tubi tanpa belas ihsan, diikuti pula dengan kekeringan tekak bak padang pasir yang tandus. Lepas tu mula mengal-mengal di kepala dan segala urat akan berasa tegang dan stress. Kata nak pergi klinik tu memang tak la. Duit ada RM10 nak hold sampai hujung bulan, nak klinik hapenye! Semoga Piala Dunia kali ni tak membawak badi pada kawan.

1 comment:

LANN said...

Lu team mana Bam?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...