Wednesday

Gugup jugak bila kena present depan kelas ye tak?

Kelas TR04 di blok B seperti biasa, agak penuh dengan kehadiran pelajar-pelajar yang mengambil subjek Business Communication 1 untuk semester ini. Kawan seperti biasa, mencari port di belakang untuk berada dalam keadaan yang selesa tanpa gangguan gadis-gadis. Bukan apa, makwe dah pesan jangan nakal-nakal dalam kelas. Untuk langkah keselamatan dan keharmonian rumahtangga, memang sejak dari panaskan enjin motor kawan dah niat nak duduk baris belakang-belakang.

Susuk tubuh gadis India berambut paras bahu muncul di pintu kelas. Berpakaian tradisional kaum India sambil mengepit beberapa helaian kertas dan fail, berjalan dengan penuh gaya ke meja lecturer yang tersedia di hadapan kelas. Seraya itu maka bertempik la pelajar-pelajar sekalian duduk di tempat masing-masing. Takut betul pelajar-pelajar tu semua dengan lecturer ya. Kawan seperti biasa, hensem dan tampan sejak dari mula masuk kelas memang takde nak merayap ke table lain nak bercerita pasal cerita kat tv semalam la, cerita pasal Palestin dengan Israel la, cerita duit kutu yang tak lunas lagi dan cerita pasal tak suka dengan budak tu, budak ni. Itu belum lagi cerita pasal apa aktiviti yang diorang buat semalam dan hari ni. Hegeh.

"Hari ni, setiap orang dalam kelas ni akan present di hadapan tentang topik yang akan kita kupas hari ni." kata lecturer pada pelajar kelas. Dia cakap bahasa Inggeris sebenarnya. Kawan translatekan untuk awak semua supaya senang faham. Kalau kawan tulis dalam bahasa Inggeris juga, takut semua tak faham nanti. Maklumlah, dulu kawan sekolah Inggeris kat pedalaman. Lain sikit dia punya pergi.

Kawan macam biasa, konfiden sejak mulakan langkah pertama masuk ke kelas. Orang tua-tua ada kata, mulakan masuk ke tempat yang baik dengan kaki kanan sambil baca Basmallah. Agaknya sebab kawan 'terlupa'yang mana kaki kanan, yang mana kaki kiri, bila sampai turn kawan untuk present, dia punya berdebor tu susah jugak nak eksplen kat sini. Kalau gigil pegang kertas tu boleh diterima umum la rasanya. Tapi bila ayat "After you had print your thumb at the machine" bertukar menjadi "After you had thumb your print at the machine", kawan dapat rasakan yang satu kelas semua sedang fokus betul kat kawan masa tu. Termasuk kerusi, meja, dan pemadam papan putih bagi seratus peratus tumpuan kat kawan. Celake besor wei!

1 comment:

LANN said...

Apa macam Bam? Ada rasa dia punya debar kencang tak kencang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...