Friday

Buka Puasa dan Sahur

Orang tua-tua ada kata.. awal puasa tu eloknya kalau dapat berbuka dan bersahur bersama keluarga.
Nak lagi elok, puasa pertama tu kita dah ada dengan family untuk menikmati juadah berbuka dan bersahur.

Puasa pertama, tiap-tiap tahun mak kawan akan masak nasi ayam untuk kami sekeluarga.
Dia punya pergi, kalau bawak meniaga bazar ramadhan, mau jeling panas gerai-gerai indie sebelah.
Awek-awek kerja kilang mesti beratur panjang nak beli nasi ayam hasil air tangan mak kawan.
Brader-brader technician pun tak ketinggalan.
Sambil beratur beli makan, sambil ushar awek-awek kilang.

Tapi kawan pasrah.
Kawan nak kembalikan susuk gagah kawan macam satu masa dulu.
Nasik ayam kawan tolak.
Kawan ambik ayam 2 ketul, cicah dengan sambal nasi ayam.


Apa jenis rokes pun, masakan mak jugak yang paling selera nak sebat...

Apa barang puasa pertama tak balik kampung ye tak?

1 comment:

I am Nortrom said...

Puasa pertama WAJIB ada dgn family. kalau tak feel puasa awal2 dah hilang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...