Sunday

Kawan Panggil Pakcik Kawan, Cik Zam.

Juadah bersahur yang minima saja sudah memadai untuk kawan. Kawan tak minat jenis juadah yang tiga belas jenis kalau boleh kat atas meja makan tu untuk bersahur. Menyusahkan nak membuat pilihan. Jadi, kuih muih dan air suam agak kenyang untuk kawan sebagai santapan.

Tengah sedap mengunyah, abah kawan cakap "Lepas sahur karang tak payah nak hisap rokok la Zam. Terus tido. Kalau camtu mesti takde rasa nak hisap rokok lepas sahur nanti lama-lama..".

Pakcik kawan angguk-angguk saja. Sambung makan dengan tertib.

Lepas sahur, dia terus masuk bilik tanpa merokok.


Sahur esok paginya,

Mak kawan tengah siapkan santapan untuk bersahur sekeluarga. Semua dah sedia menghadap makanan kejap lagi. Jam yang ada burung pipit keluar kalau cukup setengah jam dan sejam yang elok melekat kat dinding sebelah tangga, menunjukkan lagi 10 minit ke pukul 5 pagi.

"Mana Zam?" tanya abah kawan pada semua yang ada kat meja makan tu.
Biasanya pakcik kawan orang pertama yang stenbai kat depan TV sementara tunggu untuk bersahur. Tapi ni tak nampak bayang la pulak.

"Ada kat luar tu. Tengah berasap agaknya.." sapa mak kawan sambil cedok nasi untuk diagih-agihkan pada keluarga kawan. Cuma kawan je tolak nasi. Heheh..


Tengah sahur, abah kawan tanya pada pakcik kawan "Kau buat apa kat luar tadi Zam?".



"Semalam kata lepas sahur jangan hisap rokok. Hisap la sebelum sahur puas-puas dulu. Kang lepas sahur dah tak payah hisap dah... ye tak?" dengan tenang dan bergaya sikit-sikit pakcik kawan balas sambil cedok lauk ikan parang masak asam pedas.

2 comments:

Lann Shaukani said...

HAHAHAH!!!!!!! siot punya ayat.

t E d said...

style ah!haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...