Thursday

Jiwa-Jiwa

Sejak dua menjak ni hidup gua kucar-kacir. Waktu tidur gua tunggang terbalik. Makan minum gua tak menentu. Rokok juga kerap putus stok. Minyak motor gua punya meter tak pernah jejak satu takuk. Kelibat bulu-bulu misai dan janggut semakin meliar. Kain baju semakin bertimbun-timbun tak basuh. Tugasan-tugasan pembelajaran banyak yang belum gua settlekan. Kuku jari tangan dan kaki semakin memanjang tanpa belas. Kasut gua kerap basah bila hari hujan. Bilik air di bilik gua takde kepala paip. Berus gigi gua juga dah mula kembang. Ubat gigi gua kena kasi 'roll' batang berus gigi pada sarung ubat gigi. Baru ubat gigi akan keluar. Buku lali gua semakin kematu dek bersila atas tikar rotan. Dah agak lama gua mandi tak bersabun. Gua dah mula tak kenal KFC, Subway, Johnnys, TGI Friday dan segala tempat yang mahal. Tali gitar gua dah berkarat. Cermin mata gua dah sumpik sikit cerminnya. Gua kerap mimpi tak sedap kebelakangan ni. Nasib baik tak ngompol. Banyak trafik light rosak. Kedah banjir teruk. AC Mizal punya gelang pun satu hal. Baru-baru ni kecoh pasal Fazley 'Asmara Ini' pakai sijil universiti palsu pulak.


Terima kasih pada makwe gua yang paham keadaan gua. Ni ada la sikit 'benda' untuk lu makwe!




1 comment:

M.Farid Lee said...

so shweeettt....

hidup tunggang langgang mcm tu bru la hippies bro..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...