Wednesday

Silap Mata

Soalan nombor satu dengan nombor dua gua dah dapat setelkan. Ada lagi satu mukasurat soalan yang belum lagi gua jawab. Esaimen yang lecturer gua bagi bukan level adik-adik punya soalan. Kalau bagi DDR Rozmey belum tentu dia boleh jawab dengan ekselen. Soalan yang memerlukan gua berfikir secara kritis dan kreatif. Hujung-hujung gua rasa serender sikit. Tengah gua sedap menulis jawapan atas kertas, yang gua kira-kira lecturer gua boleh 'termakan' dengan jawapan gua, Kecik masuk bilik gua. Terus landing atas katil. Tak berbaju, berseluar pendek, sebijik macam Osman Kering. Dari makrifat gua, gua dapat bayangkan yang Kecik tengah bosan.

Bosan adalah satu perasaan, di mana jika seseorang melayan bosan itu secara 'deep', boleh membawa padah pada diri sendiri dan orang di sekelilingnya. Kalau dah nama sekeliling, maknanya gua termasuk sekali dalam senarai. Ini tak boleh jadi. Perkara-perkara serius macam ni mesti gua perangi. Lalu gua ajak Kecik borak-borak.

"Gua rasa lapar la Kecik. Lu tak lapar ke?" soalan pertama gua ajukan pada Kecik. Kecik nyala rokok Winston sebatang. Winston ialah rokok yang top di kalangan budak-budak sekolah dan universiti buat masa sekarang selepas rokok Dunhill naik harga. Soalan gua masih belum terjawab. Lama juga Kecik sedut. Sampai berkerut-kerut dahi. Dalam-dalam dia tarik.... asap nipis perlahan-lahan keluar dari mulutnya. Kemain lagi dia punya skill hisap rokok. Abu rokok yang panjang terjatuh ngam-ngam atas seluarnya. Diketisnya rilek-rilek saja.

"Kopok lekor ada kat bawah tu. Masalahnya nak masak tu yang malas", jawab Kecik menyengih. Trabel juga bila perut rasa lapar dan bahan-bahan untuk memasak dah ada, tapi perasaan nak memasak tu tak sampai. Aduh.. cemana nih? Hujung-hujung gua tengok Kecik sengih, Kecik tengok gua sengih. Dah macam gay pulak gua rasa. Gua nyalakan Surya sebatang. Terus gua dapat idea macam mana nak buat mejik secara tiba-tiba.

"Eddy.. meh sini kejap. Cepat sikit. Gua ada mejik nak tunjuk kat lu nih!" jerit gua. Eddy yang tengah tekun mentelaah SMS dari makwe baru di bilik lagi satu bingkas ke bilik penuh jiwa iaitu bilik gua. "Mejik apanya?" sedikit ghairah Eddy bertanya. Tangannya tetap tak lepas dengan henpon. Hidupnya 24 jam hanya dengan tidur dan ber-SMS. Pada gua dia hebat. Kah kah kah!

"Lu tengok gua buat mejik ni. Lu perhati betul-betul. Jangan sikit pun lu terlepas pandang. Kalau tak, mejik ni tak jadi." gua bagi arahan sambil mengadap laptop. Eddy ambil port ngam-ngam di belakang gua. Mungkin dia pegang kata-kata gua tadi. Gua klik Microsoft Word. Gua tukar saiz 'font' kasi beso sikit. Dari cermin depan gua, pantulan Eddy sedang khusyuk dan tawadu' menghadap setiap gerak geri gua. Kecik pun tak ketinggalan nak tengok mejik gua.

"Ok, stenbai!" gua bagi arahan yang agak serius bunyinya. Satu persatu butang kibod gua taip dan secara automatiknya huruf-huruf keluar dari skrin laptop.









"Eddy, tolong gorengkan keropok lekor please? :)"




"Huh, haram jadah!" Eddy terajang pintu. Kecik gelak sambil terlentang.

2 comments:

Adzfar Aiman said...

Fakuru pls bam.. Bahaha

LS said...

Mmg mcm harem.

Eh, cerita sikit fakhriz91 tuh. Gua kena blok. Hamjadah betul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...