Monday

Ibadah

mak dan abah. selamat pergi, selamat balik.


Hari Sabtu hari tu, mak dan abah gua telah pun selamat berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah. Gua sedikit sedih sebab tak dapat nak balik Johor untuk hantar orang tua gua. Tapi seminggu sebelum mereka berangkat tu, gua dah balik jenguk diorang. Itupun pasal Diamonddress ada main gig di JB. Kira oraitlah tu dapat jenguk awal-awal. Lagipun gua dah bagitau mak gua yang gua tak janji dapat balik.

"Abah pergi ni ikut travel agensi kawan abah. Visa tengah tunggu epruv je. Abah pergi dengan mak je. Berdua je la. Adik ngko nak ikut tapi tak boleh pasal kena jaga si kecik tu." bilang abah gua masa gua balik hari tu. Sambil mata gua tengok cerita Astro, gua angguk-angguk kepala, faham dengan cerita yang disampaikan abah gua. Yang gua tak faham sekarang ni, apahal Astro ni sekarang dia punya rancangan macam jahanam? Gua kalau tengok TV atau menonton DVD, tangan gua tak pegang remote. Kalau tengok siaran Astro, tangan gua secara automatik nak conquer remote sorang-sorang. Senang nak tukar channel kalau cerita-cerita bangang yang keluar.

"Flight karang ikut mana? KL ke Singepo?" tanya gua. Sambil tangan gua tukar-tukar channel yang menayangkan cerita-cerita yang kosong tapi muka pelakon semua market.

"Singepo. Senang tak payah nak jalan jauh pergi Ke'el. Karang abah pegi naik bas dari bando. Jemaah lain semua kumpul situ. Kang nanti terus pergi Changi airport." balas abah gua.

Sekarang sudah hari Isnin, maknanya sudah dua hari mak dan abah gua berangkat. Abah gua ni tak ada beritahu khabar berita pun. Gua nak call, kredit limit gua tak berapa nak manis. Karang nak tunggu abah gua call, entah bila dia nak call. Tiba-tiba gua sedikit risau.

Semalam di laman sosial Twitter, gua layan sembang dengan adik gua. "Lu kirim apa dok kat diorang?" gua pancing soalan cepumas.

"Aipong! Lu kirim apa?" Feh... tu dia! Tak beragak lu nak pau. Mintak sikit-sikit dah la.

"Gua kirim yang simple-simple je. Gua bagitau kat mak kirim salam kat Rasulullah je."

Keh keh keh...

3 comments:

LS said...

ipong. tu diahhh!!!

Nizam said...

ipong?dpt ipong look-a-like la jwbnya!sana belambak barang2 mcm tu!kah3

jenjibam said...

kah kah kah. nasib la zam. taim gua dulu memang dapat aipong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...