Saturday

Mengamuk Sebab Lapar !!!

Baru kejap tadi kawan, Delina, Fahmi "Barney" Itu, Papa Mukhriz, Mama Jijah, Zainuri, Syimir Juih dan Peijan Penchala lepak di kedai makan berhampiran studio tempat rakaman Homegrown. Tengah sedap berbincang tentang masa depan jodoh masing-masing yang masih solo, lebih-lebih lagi jodoh Zainuri, tiba-tiba... "PRAP!!!" Semua senyap secara serentak. Dalam masa yang sama mata kami semua tertumpu ke satu arah. Lokasi arah tu tak jauh, sebelah kiri kawan saja. Tak lama lepas tu, dalam kiraan lebih kurang 5 saat, satu table kami gelak sampai meleleh air hidung. Table jiran-jiran sebelah juga tumpang join gelak sama. Tapi gelak diorang tak kuat. Cover-cover sikit. Maklumlah, tak kenal. Nak rasa kena stunt macam dalam gusti tahun '93 dulu, cubalah gelak kuat-kuat. Paling tipis pun sakit ulu hati.


Fahmi "Barney" Itu dah mula cover muka. Tutup muka guna tangan. "Peh..tak pernah gua malu macam ni.." kata teman kawan tu sambil toleh kiri kanan. Tengok-tengok kot-kot table jiran masih mengukir senyum panjang. Hehehe..











Tuan empunya badan yang menjadi punca.



P/S: Malam ni Fahmi "Barney" Itu tidur rumah kawan. Kawan dah bagitau siap-siap jangan tidur atas kerusi. Kerusi rumah kawan ni pihak hostel yang punya.

Tuesday

Anugerah Juara Lagu ke-24

Syimir Juih calling kawan, mintak tolong assist dia untuk shoot Yuna di AJL ke 24 kelmarin. Kawan ngikut aje. Dalam hemat kawan ni, payah la jadi artis. Terkejar sana sini. Penat. Tahniah kawan ucapkan pada yang menang. Yang kalah, tahniah jugak la. Kawan turut tumpang bangga dapat jadi krew Yuna secara tak langsung. Haha. Mula-mula kawan segan-segan juga nak berbual sama geng-geng krew Yuna. Iye la, kawan tiba-tiba je muncul. Kenal pun tidak. Dah lama-lama, Yuna error pun kawan bahan. Lantak le. Ehehe.. Selama ni tengok AJL kat depan TV sambil layan Surya dan keropok cap bas dua tingkat saja. Kali ni kawan dapat pergi tengok live. Siap lepak kat backstage, changing room semua. Pengalaman baru tu..

Gua harap Syimir Juih dapat job untuk shoot Elisha Cuthbert pulak lepas ni...








Friday

LOMOGRAPHY:: KKB/FRASERHILL

Skill main LC-A+ kawan dah hilang nih. Niat di hati nak guna Horizon. Tengok la sebulan dua lagi. Ada rezeki lebih, kawan sambar sebijik. Apa-apa pun, layan la hasil yang tak seberapa ni dulu okeh!









Weapon: LC-A+
Bullet: Fuji Sensia 200



Thursday

SURAT CINTA UNTUK GUA.



Tak sempat nak masuk bilik air nak basuh kaki yang berkeladak, member serumah kawan bagitau, "Result dah keluar. Dah tengok ke? Ke takut-takut nak tengok?" Tak jadi kawan nak basuh kaki. Terus masuk bilik, on suis laptop, internet kasi setting sedap, kawan duduk mencangkung ngadap laptop. Kerusi yang patutnya memang ergonomik untuk badan kawan ngadap laptop, sedang digunapakai Moqh untuk melayan lagu ciptaannya sendiri. Bunyi ada. Lirik lupa, kod lupa. Memang sedap.

"Lu bukak apa?" tanya Moqh. "Result dah keluar. Hehehe.." kawan sengih-sengih. Kawan tekan kibod itu dan ini. Klik sana klik sini. Moqh buat-buat tak paham. Asyik dengan lagu "lupa lirik" dia.
Hati kawan berdebar-debar. Tup-tup.. benda alah ni yang keluar...

Kawan bodoh omputih sikit. mintak tolong tengokkan apa dia tulis tu..


Tak lama lepas tu, kawan tengok pulak result kawan. Sejuk jugak la perut mak kawan ngandung. Abah kawan dulu ingat kawan ni "tak jadi". Dah keluar result, kawan dah boleh talk dengan abah kawan man to man la orang lama-lama kata.


p/s: Mana kutu-kutu yang dulu sound tepek kat kawan kata kawan memang sampai mati tak habis belajar. Mana? Meh sini kawan kasi starlight kat dahi barang 3-4 das.

Wednesday

SAYA RASA MACAM NAK POTONG RAMBUT LA..KASI HENSEM SIKIT.

Rasanya stail cemana yang kawan nak kasi potong eh? Rambut kawan skang ni dah jadi ikutan artis-artis masakini. Tak sedap la kalau rambut kawan jadi ikutan artis-artis. Nabil Raja Lawak, Zizan Raja Lawak, Beego Phyne Ballerz antara contoh artis yang dah buat rambut macam kawan. Tak percaya, tengok TV sekarang. Cilakak betul. Baru kawan nak sedap rambut panjang, dah ada yang ngikut. Trendy betul la. Hah.. pilih mana yang berkenan. Rambut..bukan tuan punya rambut.. nak kena tendang dengan makwe?






Abaikan posing gambar. Tau posing semua manja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...