Tuesday

PANJANG TANGAN

(Baca seperti menyanyi lagu ubat batuk cap ibu dan anak)

Ini kisah seorang anak yang duka nestapa kerana laptopnya hilang...
Memang bagus laptopnya hilang tak jumpa2...
Hatinya gusar tak terkira..
Mengadulah dia pada teman2nya..
Oh padanlah muka..

Biasanya kalau barang kawan2 hilang ke..kita mesti simpati punya.
Tapi kes kali ni..sikit pun aku tak simpati.
Sebab budak yang hilang laptop ni bukan kategori kawan, tapi kategori pelakon lelaki terbaik. Ini kalau jadi calon Anugerah Bintang Popular, mau 3-4 trofi dia sebat semua nih.
Depan kawan2 punyalah baik..tapi last2 pecah jugak tembelang dia.
Dialah punca segala kehilangan barang kawan2 kat rumah dia tuh.
Budak2 rumah dia sengaja sembunyikan laptop dia..
Nak tengok reaksi dia.
Korang tau ape yg dia buat lepas laptop dia hilang tanpa meninggalkan rasa, bau dan warna?
Boleh dia hantar sistem pesanan ringkas kat kawan2...
bukan nak mintak tlg carikan laptop dia.
Tapi mintak payung kepala agung..buat dia beli laptop baru dia.
Kepale hotak dia kan?

Budak ni skang kawan2 tgh awasi dia bak askar menjaga sempadan.
Silap sikit je..memang kena rewang la..
Gile ko..sampai baju budak rumah aku pun dia kebas..bukan kecik2 la..Topman wo!
Punyalah sedih budak rumah aku tuh..sampai tidur bawak ngigau.
Baju baru beli tu. Huhu..
Budak rumah aku pun syak dia yg curi.
Sebab apa dia syak?

Sebab dia bertandang ke rumah aku dengan menggayakan baju yang dia curi tu.
Bodo siyot!
Kategori pencuri takde akal mungkin?

4 comments:

Anonymous said...

belasah jek ar..tak ayah tunggu

eFan said...

kasi duku sket idung die..
curik barang kawan..
patut di rewang jek

Anonymous said...

pdn muka..jual jer laptop bdk 2 then g shopping topman 1 umah..hahaha..

Anonymous said...

aduh debik je, kalau aku, lumat aku kerjakan

heh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...