Monday

FUH KANAN..FUH KIRI..

Telefon rumah aku berbunyi kring..kring..kring...
Aku tengah sedap layan baring2 berselimutkan toto yang mak aku beli kat Kedah dulu. Lama jugak telefon tu berdering. Aku jenis malas nak angkat telefon rumah. Entah sape je yang call petang2 nih.
Nak taknak..layankan je la. Aku angkat jugak telefon tu.

Sekali abah aku call dari Mekah la..
Tanya khabar lebih kurang, last2 abah aku tanya..
"Nak kirim apa2 tak dari Mekah ni?"

Aku blur la tak tau nak kirim apa. Apa barang yang best dari Mekah ni eh..
Baju seluar tu malas la. Penuh gerobok bilik aku dengan seluar baju yang last2 aku sendiri tak pakai.

"Erm..erm..kirim ape eh.. hurm.. filem polaroid la bah. Kalau ade la.. filem jenis 600. Kalau ade beli bundle je".. automatik keluar dari mulut aku.

"Polaroid? Kamera yang Pak Arab guna amik gambo unta tu? Kat Malaysia takde jual ke filem tu?"..abah aku tanya.

"Takde. Polaroid punya company dah tutup. Tu yang payah nak cari kat sini.."

"Ko ade ke kamera tu? Abah tak penah tengok pun.."

"Ade..beli kat sini2 jugak. Kamera 2nd hand. 20 hengget..30 hengget da bole dapat dah.."

"Ko beli kat pasar karat ke?"

"Lebih kurang la..kirim kawan2 yang minat kamera jugak"

"Tengok la..nanti abah carikan. Kalo ade abah belikan. Nak kirim ape2 lagi tak?"

Wah..ini offer bagus nih.....
Tapi aku blur tak tau nak kirim ape lagi dah.

"Takde la..tu je la kot. Filem tu je."

Lepas sembang2 lebih kurang.. lepas abah aku say babai.. aku letak fon.
Hati ni kembang kuncup nih.

Fuh kanan..Fuh kiri..mintak2 la dapat filem polaroid!

1 comment:

iyan said...

mintak lebih ar bam!
jual kat gua satu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...