Monday

ECONOMY AND SOCIETY

Apa cerita dah empat minggu kelas berlangsung, wa baru masuk untuk kali pertama?
Kelas ECONOMY & SOCIETY. Kelas berlangsung selama tiga jam. Bermula jam 8.30 pagi- 11.30 pagi.

Rumusan wa sepanjang 3 jam kelas berlangsung:

1. Ada tiga orang gadis kelas wa yang kiut miut. Cuci mata di situ!

2. Ada seorang student warga Perancis berjantinakan wanita dan berbangsa Negro mungkin.

3. Walaupun kelas ECONOMY & SOCIETY, tapi wa langsung tak campur dengan society dalam kelas tu. Wa duduk kaki silang sorang-sorang kat baris paling belakang dalam kelas.

4. Wa langsung tiada nota untuk rujukan. Wa salin bulat-bulat apa yang lecturer tulis di papan putih. Kalau dia padam tulisan di papan putih tu, wa pun padam juga la tulisan kat kertas kajang. Pasrah.

5. Ada seorang mamat India yang mula-mula wa bajet dia bangsa Melayu. Dengan dress up nya yang takde gaya Macha langsung. T-shirt Avenged Sevenfold, jeans Levi's cap ayam, kasut Adidas Superstar (cap ayam juga wa rasa), rambut lurus dan panjang. Sekali dia dah jumpa kaum dia, terus wa mengerti bahawa sesungguhnya beliau seorang lelaki India.

6. Macha-macha kat kelas wa sangat-sangat kecoh dan kepoh. Gegak gempita mereka menyukarkan student-student lain untuk fokus di dalam kelas termasuk wa.

7. Kelas wa ada toilet wooooo.. !!!

8. Kelas wa banyak nyamuk la..

9. Majoriti student-student kelas wa berbangsa India.

10. Sampai sekarang wa tak tahu nama lecturer yang mengajar wa. Sadis di situ.

11. Wa yang banyak jawab soalan lecturer. Budak lain semua jawab juga. Tapi jawapan diorang salah. Jawapan wa betul belaka. Bangga mesti ada. Lebih-lebih lagi dengan 3 orang gadis yang kiut-miut tu. Eh..nampak sangat kan wa boleh makan la budak-budak kelas wa. Hebat juga wa ni kadang-kadang. Tu baru tak sampai 20% ilmu wa keluarkan tu.



---- Masa tamat. Semua boleh pulang.
-------------------

Apa cerita dengan kelas satu lagi? Wa tak pernah jejak kaki lagi nih. Dah 6-7 kelas wa skip. Adussss.....

4 comments:

mim said...

boleh pergi jauh kalau mcm nih
:D

c!k baBy said...

mane tak bernyamok!
toilet kat dlm kelas.
busuk.

pah fabelous said...

baek gi clas yg telah di skip
takot2 ader surat cinta dtg plak
+_+

Anonymous said...

haha,
ni kelas eco&society dip ke bachelor bam..?
teringat zaman kita same2 amek subject nih ngan apek parttime kat unitar jb,
time tu kurang lebih gini jugak la keadaannye,
aku sampai skrng tak pass2 fundamentals of accounting,
ni dah minggu ke 9,
skali pon aku blum masuk,
kau inspirasiku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...