Monday

Buku Dan Tabligh



Malam semalam, lebih kurang setengah jam sebelum masuk waktu Isyak, rumah bujang kawan didatangi sekumpulan orang-orang surau. Banyak juga yang diorang cerita pada kawan dan teman serumah. Tentang hidup berjiran, amalan-amalan yang membawa kepada kebajikan, berjemaah di surau berhampiran, ganjaran pahala berjemaah, balasan meninggalkan solat, balasan tidak menjaga waktu solat, cerita tentang ular, rumah terbakar, dan juga muzik yang kawan tengah pasang dengan kuatnya.

Kawan dengan berkain pelikat serta berbaju band Mars Volta melayankan pakcik-pakcik berceramah. Oh ya, masa tu kawan masih belum mandi. Agak terkesan bila dia berkata.. "Barangsiapa tidak menjaga waktu solatnya, 70 ekor ular sedia menunggu di dalam kubur. Seekor ular panjangnya 30 hari perjalanan. Jika dipatuk, jasad akan terbenam sedalam 70hasta."

Malam tu teman sebilik kawan, Kecik merengek-rengek mengajak ke Uptown nak cari bantal kekabu. Lebih sedap tidur katanya. Padahal jeles tengok kawan tidur tak bangun-bangun dengan bantal kekabu kawan. Melayankan permintaan teman sebilik, kawan follow saja. Kawan jumpa satu kedai buku. Banyak juga buku-buku agama. Sempat la juga kawan sambar 2 buah buku untuk bacaan harian.




Apa macam? Hehehe..








11 comments:

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) said...

boleh berkawan?

;)

Nizam said...

bole photostat x?haha

delina said...

patot la......

saya.L-A-N-N said...

suka benor kome membaca buku2 gini.

hajaribrohim said...

aku ada permata yg hilang versi lama. saiz A3. gambarnya pun besar2 belaka. lagi terang dan jelas. n aku ada kamasutra versi omputeh. nak bam? :p

jenjibam said...

fatah: boleh2..haha
nizam: boleh. takde hal. hahaha.
delina: memang. harga pun berpatutan.
lann: ko tak suke ke lann? ngahaha
cik aja: huh? lagi gengster ko ni. haha

Anonymous said...

bantal kekabu???
epic tu..

ngahahahahah

buku2 ni cam best jerk..
nnt nak cari

Anonymous said...

eheh! :)))

jenjibam said...

jane: heheh.. cari...mesti cari..

cikaja: senyum ada makna tu.

af [ R ] ed said...

buku last tu bukan buku kamasutra melayu ke?

tomlelakikuat said...

jatuh hati plak buku yg last..sesuai jugak utk masa hadapan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...