Friday

Saya Tak Tau Kenapa Saya Letak Tajuk Macam Ni.

Lama betul blog kawan ni tak hapdet. Penat jugak kawan tebas lalang, cabut kemuncup dan sapu sikit-sikit sawang yang dah mula tumbuh kat sini. Banyak sangat benda dan perkara berlaku sepanjang kawan tak hapdet blog nih.

Rumah:
Rumah sewa yang lama telah tinggal kenangan. Rumah sewa baru lebih menjamin kebahagiaan. Tapi macam tak berapa nak menjamin pasal baru bulan lepas rumah kena pecah masuk. Cilaka punya penyamun. Rumah baru ni ekselen jugak la kondisinya. Pressure air kat rumah ni laju. Macam pelesit dia punya pergi. Kalau kat rumah lama, mandi biasa-biasa kawan amik dalam 7 minit. Kalau mandi dengan niat "Sahaja aku mandi", makan masa dalam 10-11 minit jugak la. Tapi kat rumah baru ni, mandi biasa-biasa 2 minit. Mandi dengan niat tak sampai 5 minit. Rumah ni pulak tak kedekut kipas. Sampai kat dapur pun ada kipas siling. Nanti kawan nak request kat tuan rumah, nak mintak pasang kipas dalam jamban. Tak la berpeluh sangat kalau sembelit.

Belajar:
Insya-Allah dalam masa terdekat ni kawan akan sambung belajar. Di tempat yang sama, UNITAR Kelana Jaya. Sekarang dah tukar nama. Jadi UniRAZAK. Apasal tukar nama, itu kawan tak tau. Yang pastinya, kondisi tempat belajar masih seperti dulu di mana dalam kelas tutorial masih bernyamuk. Dengar cerita bulan Julai ni lokasi belajar akan berpindah ke Sunway. Tu pun kawan dengar dari teman serumah. Teman sebaya kawan ramai yang dah kahwin. Yang siap ada anak pun ada. Kawan rasa cuma kawan sorang je yang terkial-kial nak sambung belajar lagi. Tu pun baru nak sambung ijazah. Penat juga macam ni. Nak fikir kahwin? Lambat lagi la. Banyak lagi yang kawan nak kejar. Takkan nak bagi bini makan megi hari-hari. Gila western macam tu.

Lomografi:
Pasal lomografi ni, kawan senang macam sekarang ni. Lomo sendiri-sendiri jek. Hati senang. Tak sakit hati sangat bila banyak sangat politik. Cilakak betul. Ingat pilihan raya je ada politik? Main lomo ni pun boleh mendidik untuk jadi wakil rakyat juga satu hari nanti. Gila la. Kamera kawan masih ada lagi untuk ditembak. Cuma sedikit berhabuk bila dah lama tak guna. Minat kawan tak pula beralih kepada sesuatu yang lain. Itu yang menjadikan kehidupan sedikit hambar dan sejuk buat masa ni.

Kewangan:
Ah. Malas nak cerita.

3 comments:

LANN said...

Bab lomografi tu sedikit musykil. Takde outing ke Bam? :D

Btw, try apply UPU buat degree la bang.

ripsta said...

selamat menyambung study bam.

jenjibam said...

LANN: tgh pokai. rilek dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...