Wednesday

Perkara Baru


Mulai minggu depan, gua ada empat sesi dalam sebulan, satu sesi satu minggu, empat puluh lima minit satu sesi. Amacam? Macam berbelit jugak bunyiknya tu.

Sebelum ni niat gua yang satu ni dah lama gua simpan. Cuma orang tua saja yang tak berapa nak restu. Kehkehkeh.. So gua rasa ini saja masa yang gua ada untuk belajar secara formal. Bukan apa, ni kira satu senaman untuk orang macam gua yang tak berapa nak joging sangat sebab tak dapat tune joging tu.

Sesi yang gua maksudkan di sini ialah sesi kelas drum gua bersama brader hebat, Zaf Brainhead. Tengok nanti cemana dia punya pergi kalau gua khatam belajar drum. Jangan bertembung dengan gua lu orang ajak syafel. Memang nak kena tendang. Mintak otograp gua picit kepala pen sambil senyum kat lu. Kehkehkeh..




Gua cadang nak main lagu ni untuk makwe gua nanti. Mesti pastu makwe gua geleng kepala. Tak gitu?



p/s: Gua malas nak ber"kawan-kawan" lagi. Penat jugak bila cakap serupa orang lama-lama.

2 comments:

delina said...

heheh takk..
gua hug hug jee :P

Lann Shaukani said...

Gua kawen thn dpn gua panggil band lu perform lagu kawen gua, ok?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...