Sunday

Remp-It V.Wave125

Satu table 4x4, gua dengan gengster-gengster rumah 30 lepak bersama-sama Peijan dan Ecal. Bercerita tentang macam-macam. Student Power, bapok, rumah sewa, gym, Brader Love XFM, dan masalah di tempat belajar.

Banyak jugak yang gua kupas. Gengster-gengster angguk tanda setuju. Gua yang sedari tadi order teh o ais, gua menutup sesi sahur dengan order air suam. Lepas borak lebih kurang, gua balik dengan gengster-gengster.

Gua malas pakai helmet. Rumah gua dengan tempat mesyuarat tadi tak jauh. Deret-deret Don Blues je. Sebelah je dengan Kelana Puteri. Walaupun gua tak pakai helmet, tapi gua pakai topi brader bawak trak. Motor gua juga berside mirror lengkap. Lampu hidup depan belakang. Cuma hon je dia sikit segan nak bunyik time-time cenggini. Takut kejut orang bangun tidur gua rasa..

Gua start motor. Gua ejas kedudukan topi gua kasi sedap-sedap kepala. Tak la melayang topi gua kalau meter jejak 155km/j time gua pulas lalu kat terowong nanti. Gua ejas side mirror untuk keselamatan.

Berderau darah gua tiba-tiba bila time gua ejas side mirror tu, Farid Kamil ada dalam cermin tu. Gua toleh belakang. Takde! Gua tengok balik kat cermin. Ada! Gua perati betul-betul...

Bangsat! Muka gua sendiri. Sumpah gua ingat Farid Kamil dalam cerita Remp-It. Gua lupa rambut gua dah panjang, bermisai, berjanggut. Lepas ni gua jual Wave 125 ni la. Gua angkat Ar Ek Jek.


p/s: Lama betul gua tak start motor!

5 comments:

LS said...

Cam aram Farid Kamil terus!

fatah85 said...

celaka suspen.

keng said...

tu bukan farid kamil bam...
tu farid hamil...
sain sket...

Azri Rotten said...

mcm celake. hahaha!

jenjibam said...

celake kau keng. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...