Friday

Kasut Hitam


Esok gua konvo. Gua sebenarnya malas nak konvo sebab kena pakai duit banyak. Dah la kena bayar, lepas tu kena pulak ikut cakap diorang. Kena beratur macam lahanat nak tunggu turn ambik scroll. Scroll bukan betul pun. Kertas kosong je. Esok-esok baru pergi ofis ambik sijil betul. Itu satu hal. Ni lagi satu hal. Nampak jubah konvo yang gua pakai tu? Gua boleh nyanyi lagu "I Believe I Can Fly" sambil pimpin pasukan koir gereja. Boleh faham apa gua cuba sampaikan? Takpe. Itu kisah lain.

Bila konvokesyen, maknanya itu majlis rasmi serasmi-rasminya walaupun gua sampai sekarang tak tahu kepala bana mana yang ajar upacara istiadat merepek macam ni. Bila majlis tu rasmi, maknanya pakaian lu tak boleh sembarangan. Dari atas sampai bawah kena formal 100%. Gua memang tak berapa into dengan benda-benda formal ni. Lagi-lagi bila gua sendiri kena berpakaian formal.

Baju kemeja, setel. Seluar slack hitam, pun setel. Gua dah mintak tolong sama makwe kasi potong sikit pasal labuh sangat. Dah macam gampang bila gua pakai bergaya depan cermin. Kasut, ha yang ni sekarang baru gua fikir. Datr itu hari gua dah pasang niat sarung je Macbeth. Setel kerja. Sekali member gua bagitau kena pakai kasut kulit kaler hitam. Mana gua nak cekau time-time macam ni? Bila dah kasut kulit tu maknanya gua kena kiwi kasut gua sekilat yang mungkin. Last gua kiwi kasut masa gua join pancaragam sekolah masa tingkatan tiga dulu. Itupun gua beli yang jenis bila gua seret botol kiwi kat kasut, automatik kasut kilat. Nak harap gua kiwi kasut guna berus, mintak mahap!

Agak-agak esok gua datang awal, gua nak kautim sikit dengan 'dean' mintak kasi lepas. Kah kah kah!

3 comments:

Lann Shaukani said...

tahniah la bam.

kasut tu kalau takde pinjam org la. hehe

Anonymous said...

robe kau mcm mary poppin! kool! XD

Azri Rotten said...

pope jibam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...