Tuesday

Paul Hubert

Paul Hubert ialah seorang lelaki berbangsa Inggeris. Atau lebih pasar, orang putih. Kebanyakan tempat di negara orang putih sejuk-sejuk belaka. Gua rasa la.. pasal gua tak pernah lagi jejak negara-negara barat ni. Selalu juga gua layan filem-filem orang putih. Gua tengok matahari tegak atas kepala tapi masih berbaju tiga atau empat lapis. Kalau bercakap mesti keluar wap dari mulut. Canggih! Begitu juga dengan Paul Hubert.

Paul Hubert menghabiskan masa lapang dengan melepak di rumah bujangnya, berdekatan dengan tempat pengajiannya jika dia tiada kelas pada hari-hari tertentu. Paul Hubert akan bangun lebih kurang tengahari ketika jiran-jiran semua tiada di rumah kerana bekerja makan gaji. Ikut waktu pejabat.

Bangun sahaja dari tidur, Paul Hubert akan ke bilik air untuk mencuci muka dan gosok gigi lebih kurang. Tanpa mandi, Paul Hubert akan sarung apa sahaja pakaian yang ada di atas katil. Kebiasaannya, Paul Hubert akan sarung tiga lapis baju kerana cuaca sangat sejuk. Dan tanpa mandi juga, Paul Hubert akan keluar ke kedai membeli barangan keperluan harian. Memang tak akan kantoi dia tak mandi sebab kebanyakan orang di sana berperangai sebegitu.

Lepas pergi ke kedai membeli apa yang patut, Paul Hubert balik ke rumah macam biasa. Sampai rumah, tanpa bukak kasut, Paul Hubert pergi ke dapur untuk meletakkan apa yang patut ke dalam peti ais, rak dan kabinet dapur. Selesai, tugasan itu, Paul Hubert kembali 'landing' ke katilnya untuk sambung tidur.



Gua rasa gua punya cara hidup sejak dua menjak ni sikit sama dengan Paul Hubert.

1 comment:

M.Farid Lee said...

tak lama lg hang ckap pun leh kluaq asap oww..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...