Tuesday

Zaman Teknologi

Mata gua tengah sedap menghadap komputer riba. Melayan kebosanan di kala petang sambil pekena air jarang segelas dua. Surya mesti lekat di tangan. Baru ada stail macam orang-orang yang berwawasan. Tak semena-mena..

"Ziuuunnggggggggg!!!!!"

Itu tandanya ada satu mesej sudah masuk dalam inbox henpon gua. Gua belek skrin henpon. Tertera "Mak" di situ. Ini maknanya mak gua hantar mesej. Maju jugak mak gua sekarang ni. Dah pandai main SMS dengan gua. Pantas gua kasi 'slide' skrin henpon untuk 'unlock'. Kalau lock cemana gaya gua nak baca ye tak? Bedebor juga rasa. Mak gua jarang main SMS-SMS dengan gua ni. Kalau ada apa-apa hal mesti dia talipon punya. Okey, mesej dah tertera. Gua baca satu persatu..

"salam alip. selamat hari lahir yg ke 26th..dah dewasa anak mak ni.. n mak dah makin tua. mak sentiasa doakan alip berjaya d dunia n akhirat n jadi anak yg soleh lagi beriman."


Gua senyum. Gua tau mak gua bagi ayat macam tu bukan kosong. 'Deep' juga dia punya maksud. Gua reply pendek juga rasanya.

"tengkiu mak. ingat dah lupa besday aku. kah kah kah!"


p/s: mak gua reti main SMS dah sekarang. siap layan short form. mak lu bila lagi?

3 comments:

Nizam said...

mak gua pon dh ada HP tapi sampai skang tak top-up.mcm mana nk msg gua?kah3

ahleng ariKen said...

tepung kedai mamak pon dah pandai taip mesej kat skuad menepung,telor pun tngah menuntut..

Lann Shaukani said...

Besday lu hari ni?

Dem.

Happy besday Bam.

Jom lepak melaka Bam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...