Friday

Format Laptop

Gua melepek atas katil Kecik. Gaya sikit-sikit ada macam rupa orang baru lepas pekena dadah dalam telebisen. Kecik tak ada pasal balik kampung di Kelantan. Gila tak best balik awal-awal. Mata gua memerhati Peijan buat kerja-kerja pejabat. Gaya duduknya tak ubah seperti duduk antara dua sujud. Cuma salah kiblat saja.

Sambil perhati, gua nyalakan Surya sebatang. Tenang. Tak ada bunyi lagu di laptop gua mahu pun di radio. Tenang betul. Bai duduk bersila di hadapan pintu bilik gua. Juga memerhatikan Peijan buat kerja pejabat guna laptop gua sambil makan ayam kentaki.

Tengah sedap gua tarik feel layan Surya, Bai bersuara, "Bam, kau ada kawan yang boleh format laptop tak? Laptop aku nak kena format la. Masalahnya takde tempat CD so tak boleh nak install guna CD drivernya. Problem betul la."

Gua angguk-angguk tanda faham. Sambil hembus asap rokok, gua sahut "Ada..ada.. ada kawan gua boleh bikin kasi macam baru. Lu punya laptop apa masalah?". Cukup konfiden. Ada sikit gaya Mustapha Kamal dalam cerita Rimba Malam tahun 1992 dulu bercakap sambil keluar asap rokok.

"Aku punya laptop bila on tak hidup la.." kata Bai beriya-iya.

"Ooo.. tak hidup. Itu gua tau sebab dia. Pasal dulu gua dah pernah kena." gua bagi sikit sinar harapan untuk Bai.

"Apasal eh Bam?" tanya Bai. Nak sangat tau jawapan dari riak gaya John Cena dia tu.

"Bateri habis tu Bai.." jawab gua. Tenang.

3 comments:

Azri Rotten said...

hahaha!

LS said...

Lu punya reply, macam haram. Bai kecik hati tak? Haha!

fatah85 said...

kesian member.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...