Wednesday

Pelan Trip-Trip Akan Datang. Rugi tak join weh!

Itu hari, settle sudah trip pertama tahun 2010 ni dengan berjalan ke Kuala Kubu Baru dan sekaligus 'ter'lajak ke Fraser Hill. Mari cekidot apa pelan kawan dan teman-teman yang seterusnya!

Pelan kawan dan teman-teman seterusnya ialah trip-trip yang berikut:

9 Januari 2010 (Sabtu)-
Trip LOMO/DSLR/Kamera Handphone ke Jeram. Malamnya pekena ikan bakar di kedai makan bekas cikgu Fahmi "Barney" itu yang berlokasi di Jeram.

16 Januari 2010 (Sabtu)-
Rilek-rilek di rumah sudah. Alamak! Terlebih sudah! Macam celaka tagline itu.

23 Januari 2010 (Sabtu)-
Trip Dari Jemapoh Ke Manchestee.
Perjalanan dari Kuala Lumpur - Seremban - Kuala Pilah - Bahau - Jempol - Kuala Kelawang - Ampang.
Siapa-siapa yang follow tu bawa saja prop, baju persalinan, ubat sakit kepala, plastik muntah, gebar serta skaf Manchester United (ehehe). Wajib join weh. Rugi bai kalau tak join.

29@30 Januari 2010 (Jumaat@Sabtu)-
Kawan bagi nama trip ni, TRIP MENGIDAM NAK NAIK BUKIT SEJUK. Ada yang mengidam nak naik Fraser Hill. Menyirap tengok gambar seronok-seronok sakan semuanya kat atas bukit sejuk tu. Tu la.. orang ajak lenkali join jek. Jangan birah nak balik kampung la, dating dengan makwe la.. kan dah rugi. Hah.. yang ni kawan kabo pada teman-teman, siapa tak join memang rugi. Ada yang nak sponsor sewa banglo kat atas bukit tu. Rezeki siapa yang follow time nih. Jangan nanti dah tengok gambar baru nak menyumpah menyumpit. Lupa kawan nak kabo. Baju tebal sama baju spare jangan lupa bawak. 2 malam kita kat atas bukit sejuk tu kali ni.

5-7 Februari 2010 (Jumaat-Ahad)-
Trip ke perlis bersama Peijan Penchala. Bawak passport sekali. Mana tau tiba-tiba kaki terlajak jejak ke Siam pulak. Ini juga trip 3-4 hari punya cerita. Simpan-simpan la duit ya!




Lain-lain tarikh kawan akan update kalau ada trip yang sedap. Takat trip macam jamboree pengakap kawan tolak tepi. Ceh! Mana-mana brader tarik kereta yang takut-takut nak tarik kereta ahli bina badan atau gengster, sila tarik kereta tersebut pada masa lain dari tarikh yang di atas. Kalau ada yang call time-time tu, mahap la. Kawan tak dapat nak tolong. Pandai-pandai settle. Kalau muka bengkak jangan ngadu kat kawan.

Monday

Kisah Awal Tahun Baru - Sikuel










* gambar-gambar dari kamera Tom Rosyam Yes, Peijan Penchala dan Syimir Juih*


Beberapa hari sebelum tahun baru 2010 sorang teman kawan, Peijan Penchala hantar SMS kat kawan. Ngajak kawan outing ke Kuala Kubu Baru. Petangnya mandi sungai entahapanamanya.
Kawan reply pendek; "On" balas kawan. Rasanya dia hantar kat ramai budak-budak lain sekali.

Malam tahun baru pulak, sorang lagi teman kawan, ngajak teman-teman lain pergi nengok bintang kat rumah dia. Atas bukit kat Sungai Penchala tu. Malam tu sekor bintang pun kawan tak nampak. Nak tunggu yang lain-lain join sekali, kawan dan teman-teman pun pergi mencekik dulu di Kayu Nasi Kandar Dataran Prima. Kemudian jumpa pulak teman-teman yang lain kat Rasta TTDI. Mencekik lagi. Mana la badan kawan ni tak taff?

Masa makan tu, kawan ada bertanya pada teman-teman lain, kot-kot diorang nak follow sekali pergi outing esoknya. Masing-masing ada hal. Iyelah, yang ada sibuk cari barang hantaran, yang ada sibuk dengan job, yang ada pulak sibuk main basikal. Ada pulak yang sibuk nak cari tenggiling. Nak jual kat cina bukit katanya. Dapat jugak income tahun baru.

Esok paginya, kawan pun gerak la ke Kuala Kubu Baru (KKB) dengan teman-teman lain. Dengan berbekalkan 2 buah kereta MyVi hitam bernombor plat WQE 1201 dan WST 5222 bersport rim 17" lengkap dengan sistem audio Kicker dan berenjinkan MyVi stended, tak lupa juga kamera, filem, bekalan makanan dan prop yang ada, kawan, Delina, Peijan Penchala, Syimir Juih, Tom Rosyam Yes, Fahmi 'Barney' Itu, Ainstoken dan adik Ainstoken, lincah ke Kuala Kubu Baru sambil sing along dalam kereta.

Sampai Kuala Kubu Baru, kitorang singgah ke Stesen Keretapi KKB. Ripsta dari Ipoh dah tercirit-cirit tunggu kitorang. Ikut hati malas nak bawak sekali. Maklumlah, dia orang tua. Kang sakit kepala tengah jalan, kitorang jugak yang risau. Nak cari klinik, bukan masak pun dengan area kat KKB tu. Tapi sebab dah sampai kat KKB tu, sekali jalan jek la.

Sampai je kat KKB tu, kitorang pun berjimba sakan. Pekan tu kitorang yang punya. Nampak macam tak ramai penduduk. Kawan perasan pakcik-pakcik manjang ushar kitorang jek. Lepas tu baru kawan perasan, hari tu hari Jumaat. Tengah hari buta terpacak kat tengah pekan. Lain-lain semua pakai baju melayu. Ehe...

Ekspidisi ke sungai apebendentah pun bermula selepas selesai snap sana sini kat pekan KKB tu. Peijan Penchala sebagai ketua ekspidisi guide kawan dari depan. Sampai kat sungai, parking penuh. "Kita tengok depan lagi. Kot-kot ada parking kosong." kata Peijan Penchala. Kawan pun follow saja. Depan lagi punya depan lagi, parking masih penuh. Ha.. depan lagi, depan lagi, tau-tau sampai Fraser Hill. Dah sampai situ, tak reti-reti nak parking. Terasa la macam duduk kat negeri omputih.

Jam pukul 3 petang masa sampai kat puncak. Ini tak boleh jadi. Rugi naik sekejap je nih. Nak kena stay satu malam kurang-kurang nih. Kawan nak jugak tau apa rasa belenggeng malam-malam buta kat atas. Apa rasa makan megi time berkabus. Yang mana memula ragu-ragu, hujung-hujung semua surrender. Semua nak merasa stay satu malam kat atas tu. Dengan kelebihan Fahmi 'Barney' Itu yang ada "kabel" kat Fraser Hill tu, kitorang pun dapat la stay satu malam dengan harga yang sangat kena dengan kitorang yang berada digolongan kelas ketiga ni.

Pengajaran dari trip ni, lepas ni kalau kata ada trip jek, mesti kena bawak baju seluar spare. Kalau tak, jadi macam trip ni. 2 hari dengan baju seluar yang sama. Haha.

Kejadian semasa trip:
- Makan cendol sambil layan artikel kat cermin kedai kat KKB.
- Peijan Penchala dan Ripsta memula tak nak stay kat Fraser Hill. Last-last, diorang yang terlebih enjoy.
- Ripsta tak sakit kepala langsung masa kat Fraser Hill.
- Ainstoken bilang, kasut Ripsta bau ikan masin.
- Kitorang jadi penyelamat bagi kehilangan seorang budak perempuan. Hero sungguh.
- Tekaan kawan nama budak kecik tu tepat. Heheh.
- Turun dari Fraser Hill, Ripsta start sakit kepala balik.
- Ainstoken muntah. Mabuk masa on the way balik.
- 2 hari straight kawan pakai baju seluar yang sama.

Saturday

Kisah Awal Tahun Baru

Semalam, kawan dengan tak sengaja telah terovernight di Bukit Fraser. Pelan asal nak trip Lomo/photoshoot ke Kuala Kubu Baru jek. Tah cemana boleh sampai sana, kawan pun tak tau. Dah ketentuan Tuhan agaknya. Berita penuh akan kawan ulas bila kawan dapat gambar nanti.

p/s: Berpeluh pulak rasanya bila balik Kelana Jaya ni. Hari hujan pun rasa panas.

Thursday

Target Saya Lagi 5 Tahun

Kereta besar gajah? Rumah banglo yang siap ada 6 suiming pul kat dalam? Limosin yang siap dengan kabinet dapur? Misai lontik humang aih? Badan taf? Mintak simpang..

Gua dah lama kenal mamat nih. Sebelum dia mula layan suka gila ni gua dah start geng sama dia. Pergi balik sekolah sama-sama. Rumah gua dengan rumah dia dulu tak jauh. Rumah gua menghadap rumah dia. Sebelum dia start dengan sukan gila ni, dia memang tak 'in' langsung dengan dunia permotoran. Dulu jiwa dia lebih ke arah menganyam daun palas untuk dibuat sarung ketupat. Kalau ada free, dia senang berniaga kecil-kecilan. Berjalan satu kampung, sambil bawak bakul isi kuih-muih. Tengok nasib la, kadang-kadang dia bawak 3-4 jenis kuih tradisional macam onde-onde, pengat pisang, kuih bom ataupun kuih kasuwi.

Kalau modal dia lebih sikit, dia akan jual eskrem Malaysia. Kena hari sedap, dia bawak eskrem asamboi. Yang kaler oren siap ada asam kecut tu. Dia tak lokek. Biasanya dalam sebatang aiskrim dia akan letak 2 biji asam kecut. "Fitrah manusia" kata dia. Lain macam je bunyiknye?

Itu semua cerita lama. Masa gua tinggal kat Simpang Rengam dulu. Zaman-zaman 4U2C ada branding air tin berkarbonat diorang. Lepas gua pindah ke JB, gua lost kontek dengan dia. Ramai cakap dia pindah obesi, follow family dia yang dapat kerja kat sana. Sukses dah dia sekarang. Ramai orang kat luar sana yang kenal dia. Dulu orang serbu dia sebab nak beli kuih dengan eskrem. Sekarang orang serbu dia nak mintak sain. Gila dahsyat mamat ni. Ni kalau gua jumpa face to face ni, mau dia ajak gua lepak ngeteh kat Taman Samudera belakang Petronas kat Simpang Rengam tu.

Sekarang rekod champion banyak dia pegang. Motor dia berderet je kat rumah tu. Minggu lepas gua ada dapat call dari dia. Katanya tengah setting motor. Comp tak lama lagi katanya. Dia nak gua ada sebijik, senang-senang boleh layan bukit kat Layang-Layang. Ha.. nanti la. Gua kumpul duit banyak-banyak. Senang gua dapat beli 2-3 biji sekali jalan. Baru bleh bakar geng-geng fixie. Ehehehe... jangan marah.

Wednesday

Rantai.Art 2009 (clips)

Sedikit dari hasil masa kat Rantai.Art 2009 di Kanada tempoh hari.




Weapon: LOMO LC-A+
Bullets: Fuji Sensia 200
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...