Saturday

Rumah Burung


Siapa kata tinggal kat apartment tingkat enam tak boleh nak basuh motor? Selamba je budak rumah gua cuci motor kat balkoni. Lu tau tak jiwa boleh jadi tenang kalau basuh motor sambil tengok pemandangan yang permai dari tingkat enam?

Scene Lomografi di Malaysia

gambar dari: http://jualkomiklama.blogspot.com/2010/11/kelam-kabut-1.html



Heh!

Thursday

Lima Ringgit Zaman Sekarang

Gua seluk kocek seluar yang belah kanan. Gua raba-raba sambil otak gua fokus pada jari jemari untuk menyentuh duit dalam kocek seluar. Gua memang yakin betul dalam kocek seluar belah kanan gua ada duit lima ringgit selain lighter, pendrive, getah rambut dan habuk. Itu benda wajib ada dalam poket belah kanan. Kalau gua keluar berjalan, gua selit sekali sekotak Surya 16. Itu pun kalau time tu gua mampu beli. Talipon bimbit pula di kocek kiri. Kalau bukak dompet, gerenti gua hampa. Hanya ada kad-kad yang memang bukan kad kredit yang ada. Tempat duit kertas pula penuh dengan kertas-kertas resit. Ini sudah menjadi tabi'i gua sejak bila entah.

Lepas berjaya meraba not lima ringgit, gua 'pass'kan pada Pa'an yang kebetulan nak pergi tapau makan. "Kirim apa?" tanya Pa'an sambil gosok-gosok not lima ringgit yang gua bagi tadi.

"Kirim Teh O Ais. Tu Kechik punya. Gua punya Milo Ais." jawapan yang memang gua dah set taim tekak haus.

Sambil angguk-angguk Pa'an tanya lagi "Tu je eh? Lagi nak kirim apa-apa tak?".

Lama jugak gua senyap, fikir belen duit tu gua nak beli apa lagi. Sebab gua tak pernah terfikir yang gua akan ditanya soalan macam tu. Fikir punya fikir punya fikir punya fikir, gua kasi tahu sama Pa'an, "Belen tu lu beli nasi putih satu. Lepas tu tambah telur mata, tomyam campur, ayam goreng kunyit, sama siakap tiga rasa."


Dang! Pa'an terajang gerobok. Kechik berdekah sambil mengusap-usap balutan simen di tangan kanannya yang patah.

Wednesday

Gua, Abah dan Kapcai

Kg. Tengah, Kluang.
April 1987


Gua berazam nak solek semula Honda Cub 70cc abah gua yang tersadai kat rumah Johor Jaya tu. Tapi bukan sekarang la. Sekarang gua belum merasa nak pegang duit banyak-banyak.

Monday

Ibadah

mak dan abah. selamat pergi, selamat balik.


Hari Sabtu hari tu, mak dan abah gua telah pun selamat berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah. Gua sedikit sedih sebab tak dapat nak balik Johor untuk hantar orang tua gua. Tapi seminggu sebelum mereka berangkat tu, gua dah balik jenguk diorang. Itupun pasal Diamonddress ada main gig di JB. Kira oraitlah tu dapat jenguk awal-awal. Lagipun gua dah bagitau mak gua yang gua tak janji dapat balik.

"Abah pergi ni ikut travel agensi kawan abah. Visa tengah tunggu epruv je. Abah pergi dengan mak je. Berdua je la. Adik ngko nak ikut tapi tak boleh pasal kena jaga si kecik tu." bilang abah gua masa gua balik hari tu. Sambil mata gua tengok cerita Astro, gua angguk-angguk kepala, faham dengan cerita yang disampaikan abah gua. Yang gua tak faham sekarang ni, apahal Astro ni sekarang dia punya rancangan macam jahanam? Gua kalau tengok TV atau menonton DVD, tangan gua tak pegang remote. Kalau tengok siaran Astro, tangan gua secara automatik nak conquer remote sorang-sorang. Senang nak tukar channel kalau cerita-cerita bangang yang keluar.

"Flight karang ikut mana? KL ke Singepo?" tanya gua. Sambil tangan gua tukar-tukar channel yang menayangkan cerita-cerita yang kosong tapi muka pelakon semua market.

"Singepo. Senang tak payah nak jalan jauh pergi Ke'el. Karang abah pegi naik bas dari bando. Jemaah lain semua kumpul situ. Kang nanti terus pergi Changi airport." balas abah gua.

Sekarang sudah hari Isnin, maknanya sudah dua hari mak dan abah gua berangkat. Abah gua ni tak ada beritahu khabar berita pun. Gua nak call, kredit limit gua tak berapa nak manis. Karang nak tunggu abah gua call, entah bila dia nak call. Tiba-tiba gua sedikit risau.

Semalam di laman sosial Twitter, gua layan sembang dengan adik gua. "Lu kirim apa dok kat diorang?" gua pancing soalan cepumas.

"Aipong! Lu kirim apa?" Feh... tu dia! Tak beragak lu nak pau. Mintak sikit-sikit dah la.

"Gua kirim yang simple-simple je. Gua bagitau kat mak kirim salam kat Rasulullah je."

Keh keh keh...

Saturday

Burung

Fuh, lama juga gua tak hapdet blog. Bersawang! Complete dengan sarang tikus. Dalam sebulan dua ni, gua sikit bizi dengan tugas gua sebagai seorang pelajar. (Jangan real sangat.) Wujudnya Facebook dan Twitter membuatkan gua semakin malas untuk mengupdate blog. Jangan sampai gua tutup blog gua ni sudah.

Itu intro yang memang tak ada kena mengena dengan apa yang gua nak sampaikan dalam entri kali ni. Cerita gua masih lagi berkisar pasal realiti. Jangan risau, gua tak belit-belit, ok? Just cerita-cerita kosong yang tak sakit kepala. Banyak minggu sangat gua sakit kepala. Penat woi!

Semalam, gua terbaca tweet dari member gua, Faisal yang pada masa itu 'mentioned' nama gua sekali di tweetnya. Gua senyum. Dalam masa yang sama gua menyirap. Suka dan menyirap. Macam sial tak emosi macam tu? Kah kah kah.

Malam tadi pula, bertempat di surau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Anep tayang bukti. Buku LC-A yang baru dibeli dikeluarkan dari beg galasnya. Gua selaku orang yang mencari jawapan hakiki, tak ada masa nak belek sehelai-sehelai. Terus gua melangkau ke halaman tengah, mencari sesuatu. Dan akhirnya di muka surat 201, gua berhenti menyelak helaian kertas mahal buku tersebut. Gua sengih. Dan gua menyirap.

Sebab gua sengih, gua tak expect yang 'tipster' basi yang gua submit entah berapa tahun lepas di lomography.com, alih-alih keluar dalam buku tersebut.

Sebab gua menyirap, takkan la tak dapat royalti. Kurang-kurang, bagi la satu buku free kat gua. Itu pun gua dah cukup syukur. Keh keh keh.. Tapi betul jugak apa. Kalau nak ikutkan, kos gua untuk dapat satu muka surat tu dah macam harga untuk belian sebuah buku tu lu tau?



"everything you ever wanted to know about lomography and the lomo lc-a"









nama manja abang di lomohomes: jibamz


Kalau adik beli buku ni, bagitau abang ye.. Nanti abang sainkan ngam-ngam kat mukasurat 201. Keh keh keh...

Saturday

Majlis Keramaian


Band yang main melodic/post/hardcore dari Johor Bahru tu macam kenal la.. Keh keh keh..

Friday

Scene Sekolah-Sekolah Rendah Gua - #2

1946 lahir sebuah sekolah
Usaha didik anak watan
Hauskan pengetahuan
Dengan penuh dedikasi
Semua ilmu diselami
Semangat jati membela bangsa
Itu harapan kami
Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam
Kau harapan bangsa
Pengetahuan suluh kemajuan
Pegangan kami semua
Masa terus berganti masa
Teguh berdiri megah
Segala ilmu kau curah
Akan tetap dikenang

*beat lagu ada sikit sama macam lagu band Lukestar. Kah kah kah!


Sekolah rendah kedua gua ialah Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam. Depan sekolah rendah gua tu ada masjid. Sebelah masjid pulak rumah Harun Chokro. Kampung Chokro tu, Harun Chokro punya. Rumah dengan masjid dah sama besar. Seingat gua, rumah Harun Chokro bercat hijau. Atas bukit. Acapkali gua akan menghadap rumah besar itu dan juga masjid di sebelahnya ketika pulang dari sekolah. Kalau gua tak menghadap dua bangunan tersebut, maknanya gua tengah sedap main guli sementara tunggu abah gua datang pikap balik sekolah.

Cerita pasal main guli, gua dulu champion dalam scene ko-kurikulum dalam bidang pergulian. Nak-nak kalau main guli di longkang susur gajah. Gua champion pasal gua ada simpan sebiji guli yang saiznya dua kali ganda dari saiz guli yang biasa. Takat guli warna metallic, memang satu balang dalam stok gua. Guli-guli yang sumpik, gua sedekahkan pada newbie yang baru nak into dalam scene guli ni. Sebagai pemangkin semangat untuk diorang collect lagi banyak guli. Kah kah kah. Tapi kalau guli atas tanah, itu gua tak berapa ngam pasal member gua, Zaini seorang yang kidal, pegang title sejak gua masuk sekolah situ. Zaini menetap di berek Pasukan Polis Hutan, berhadapan dengan Penjara Simpang Rengam. Merasa juga dia naik trak polis hari-hari pergi sekolah. Kalau dah besar sekarang ni, dia buat hal jenayah, gua rasa tak ada langsung rasa gerun di hati dia kalau kena naik trak polis lagi.

Kalau dah champion bab ko-kurikulum, bab akademik juga gua mesti champion juga. Sepanjang gua bersekolah di situ, gua tak pernah dapat nombor lain kecuali nombor satu dalam mana-mana perperiksaan. Rasa bangga memang tak pernah wujud. Tapi kalau rasa pelik, ha itu ada. Pasal apa gua rasa pelik? Pasal gua jenis yang tak rajin nak siapkan kerja rumah yang cikgu bagi. Nak-nak lagi dalam subjek Matematik. Gua punya malas nak buat kerja rumah boleh mencapai takat beku. Pernah satu hari gua kena tempeleng dengan cikgu Matematik gua pasal gua kata buku hilang tengah jalan nak pergi sekolah. Kiri kanan pipi gua dah rasa dia punya tempeleng. Fed up gila cikgu gua. Tapi bila gua dapat nombor satu, dia tak naik tangan dah. Dia cuma naik pelik. Sama macam gua.

Antara kawan gua yang sama-sama fight dengan gua untuk dapat nombor satu dalam kelas ialah Suffian Hadi. Suffian Hadi ialah seorang budak yang tak normal. Dia menghidap penyakit kuning. Gua yang masa tu seperti katak di bawah tempurung, ingat dia alien masa mula-mula kenal. Kulit dia macam kena lumur dengan serbuk kunyit gua cakap lu. Lain macam dia punya warna. Sakit juga mata gua bila pandang lama-lama. Tapi bila dia dah story, gua mula faham. Start dari dia buka cerita pasal sakit dia, terus gua kamcing dengan dia. Suffian Hadi sama dengan Zaini, anak kepada Pasukan Polis Hutan Simpang Rengam kalau tak silap gua.

Banyak pengalaman gua masa sekolah di sini. Nanti gua cerita lagi di entri akan datang. Gua semakin malas menulis sejak adanya fesbuk dan twitter nih. Cilakak betul la.

Wednesday

Scene Sekolah-Sekolah Rendah Gua.

Sekolah rendah pertama gua ialah Sekolah Kebangsaan Seri Kg. Tengah, Kluang. Gua sempat bersekolah di situ tak sampai setahun pasal gua pindah Simpang Rengam. Sekolah rendah pertama gua tak banyak yang gua ingat. Tapi satu peristiwa yang bikin gua jadi seorang yang hot pada makwe-makwe sekolah masih lagi gua ingat.

Masa tu ada program gosok gigi ramai-ramai tepi longkang lepas waktu rehat. Entah siapa punya idea, gua tak tau. Tengah gua sedap gosok gigi, sekonyong-konyong ada budak mana entah terlanggar gua dari belakang. Gua yang tengah dalam keasyikan menggosok gigi, mula hilang imbangan. Bila dah hilang imbangan, secara automatik gua tersadung ke depan. Automatik juga batang hidung gua ngam-ngam kena bucu longkang. Masa tu gua tak rasa sakit pun. Cuma gua rasa berdengung. Dan secara automatiknya lagi lubang hidung gua mengeluarkan cecair berwarna merah pekat.

Bila dah kecoh-kecoh, baru cikgu bawa gua ke kantin. Tuam dengan air batu kalau tak silap gua. Cilakak. Gua ingat dia nak belanja makan. Bila lepas tuam, gua pergi ke jamban untuk kencing. Secara automatik bila lalu dekat sinki, gua akan tengok muka gua di cermin. Dan secara automatik lagi, gua terkejut bila gua tengok batang hidung gua bertukar warna. Jadi warna biru. Gua dah mula hilang konfiden. Hidung mancung gua sudah hilang mancung. Makwe-makwe mesti lari punya lepas ni.

Lepas tiga hari insiden tu, tanggapan gua memang lari. Makin banyak makwe-makwe yang himpit gua. Ayat-ayat simpati keluar dari mulut makwe-makwe tersebut. Lebih ke arah supaya gua cepat sembuh. Gua jadi pelik dengan tingkah laku mereka. Lalu gua buat survey sikit. Rupa-rupanya baru gua tahu yang makwe-makwe di sekolah gua memang into dengan scene lelaki hidung kembang. Kah kah kah!




P/S: Scene sekolah gua yang lain nanti gua sambung. Penat rupanya menaip ni.

Tuesday

Senarai Barang Idaman

Dalam setahun ada 365 hari kalau ikut kalendar masihi. Kalau tahun lompat, ada 366 hari. Kalau ikut takwim hijrah, dalam setahun ada kira-kira 354 hari. Kalau planet lain, itu gua tak tahu ada berapa hari dalam setahun.

Dalam masa setahun, macam-macam jenis barang yang gua rasa nak beli sebagai pemuas nafsu. Setiap tahun gua ada senarai barang idaman gua sendiri. Ada yang mahal yang tak mampu gua beli guna duit gua sendiri. Ada yang gua mampu untuk beli guna duit gua sendiri, tapi memerlukan gua untuk saving dalam dua atau tiga bulan untuk beli barang yang gua idam-idamkan. Nampak tak macam mana gua punya tahap hirarki? Gua ada dalam golongan working class je gua rasa. Kah kah kah!

Tahun ni, gua bercita-cita tinggi untuk membeli barang-barang yang ada dalam senarai otak gua. Barang-barang yang gua maksudkan ialah.. jeng jeng jeng...


a) 2 helai sarung bantal. Bantal gua togel dekat setahun.


Itu je la rasanya senarai barang idaman gua. Rasanya gua perlu saving dalam masa 2 bulan. Fehhhhh!!!!!

Saturday

Reza Ramli

Gua tengah sedap gasak transfer cerita-cerita yang ada dalam simpanan hard disk gua ke hard disk Syimir, yang bakal berjalan ke London beberapa bulan yang akan datang. Pantang ada duit, nak jalan pergi negeri orang putih saja. Macam cilake. 'Bai de wei', bukan Syimir yang gua nak cerita kat sini.

Kengkawan lain dah terbaring bersepah-sepah. Memang tak organize langsung dalam susunan pembaringan ni. Reza Ramli dah tertidur. Dengkuran yang agak nipis dan manja sekali sekala membelah suasana tidur Reza Ramli. Tak lama lepas tu dia bangun dan 'stret fowed' menuju ke bilik air. Gua masih lagi menghadap 'laptop' sambil sekali sekala layan borak dengan Mail Katak, Keng dan juga Syimir tentang resipi "Sup Lighter Cricket" yang wujud ketika kami makan di Don Blues tadi.

Tengah sedap sembang kencang walaupun tak sekencang Fahmi Itu, Reza Ramli keluar dari bilik air tak pakai baju sambil mulut terkumat-kamit kompelin tah hapa-hapa. "Sial la. Basah pulak baju. Tau tak sidai kat kepala paip tu tadi." begitu ayatnya.

Gua pelik. "Apehal lu bukak baju?"

"Gua masuk toilet tadi.." Reza Ramli bagi respon.

Gua jadi lagi pelik. "Apahal lu nak masuk jamban bukak baju?"

"Gua sakit perut. Berak la kejap tadi." Reza Ramli membalas soalan.

"Eh, lu berak bogel?" tanya gua tanpa rasa bersalah...


Friday

Format Laptop

Gua melepek atas katil Kecik. Gaya sikit-sikit ada macam rupa orang baru lepas pekena dadah dalam telebisen. Kecik tak ada pasal balik kampung di Kelantan. Gila tak best balik awal-awal. Mata gua memerhati Peijan buat kerja-kerja pejabat. Gaya duduknya tak ubah seperti duduk antara dua sujud. Cuma salah kiblat saja.

Sambil perhati, gua nyalakan Surya sebatang. Tenang. Tak ada bunyi lagu di laptop gua mahu pun di radio. Tenang betul. Bai duduk bersila di hadapan pintu bilik gua. Juga memerhatikan Peijan buat kerja pejabat guna laptop gua sambil makan ayam kentaki.

Tengah sedap gua tarik feel layan Surya, Bai bersuara, "Bam, kau ada kawan yang boleh format laptop tak? Laptop aku nak kena format la. Masalahnya takde tempat CD so tak boleh nak install guna CD drivernya. Problem betul la."

Gua angguk-angguk tanda faham. Sambil hembus asap rokok, gua sahut "Ada..ada.. ada kawan gua boleh bikin kasi macam baru. Lu punya laptop apa masalah?". Cukup konfiden. Ada sikit gaya Mustapha Kamal dalam cerita Rimba Malam tahun 1992 dulu bercakap sambil keluar asap rokok.

"Aku punya laptop bila on tak hidup la.." kata Bai beriya-iya.

"Ooo.. tak hidup. Itu gua tau sebab dia. Pasal dulu gua dah pernah kena." gua bagi sikit sinar harapan untuk Bai.

"Apasal eh Bam?" tanya Bai. Nak sangat tau jawapan dari riak gaya John Cena dia tu.

"Bateri habis tu Bai.." jawab gua. Tenang.

Thursday

Hai Bob !!

Mesej dari Richard Legg,

"hello, i have just been looking at your photos and they are awesome! i am starting an open to all photography exhibition as part of the promotion work for a book/graphic novel i am making, would you be interested in taking some photos for it? the idea for the project is that i send you a small cardboard figure (the main character in the book) and you take photos with it, then you can post the photos on the "have you seen bob" page. when i have loads of great photos i will put together an exhibition! if your interested just send me your address and i will send you a cut out.

thanks
Richard

p.s here is a poster from the book so you can see what it will be like."


Gua harap sukses.

Dua Puluh Tiga




Malam tadi gua buat seprais sikit untuk makwe. Sebenarnya gua memang tak reti benda-benda seprais ni. Tapi memandangkan setahun sekali, gua retikan jugak la sikit-sikit. Walaupun kek murah, walaupun hadiah murah, tapi sentimental value itu mahal. Benda jiwa-jiwa ni gua payah sikit nak menaip. Cuma hati gua je mampu tafsirkan jiwa-jiwa yang gua nak sampaikan. Ewah! Ewaaaaahh!!

Time kaseh banyak-banyak pada yang datang tolong sepraiskan. Peijan, Iyan, Syimir, Amar, Fda, Ag, Ecot, Anep. Jasa lu orang gua kenang sampai mati. Ewah lagiiiiiiii!!!! Sebab lu orang, gua jadi part-timer cuci kereta. Nasib baik pressure air kat rumah gua sedap.


Gambar kereta gua tak sanggup nak ambik. Keh keh keh...

Tuesday

Paul Hubert

Paul Hubert ialah seorang lelaki berbangsa Inggeris. Atau lebih pasar, orang putih. Kebanyakan tempat di negara orang putih sejuk-sejuk belaka. Gua rasa la.. pasal gua tak pernah lagi jejak negara-negara barat ni. Selalu juga gua layan filem-filem orang putih. Gua tengok matahari tegak atas kepala tapi masih berbaju tiga atau empat lapis. Kalau bercakap mesti keluar wap dari mulut. Canggih! Begitu juga dengan Paul Hubert.

Paul Hubert menghabiskan masa lapang dengan melepak di rumah bujangnya, berdekatan dengan tempat pengajiannya jika dia tiada kelas pada hari-hari tertentu. Paul Hubert akan bangun lebih kurang tengahari ketika jiran-jiran semua tiada di rumah kerana bekerja makan gaji. Ikut waktu pejabat.

Bangun sahaja dari tidur, Paul Hubert akan ke bilik air untuk mencuci muka dan gosok gigi lebih kurang. Tanpa mandi, Paul Hubert akan sarung apa sahaja pakaian yang ada di atas katil. Kebiasaannya, Paul Hubert akan sarung tiga lapis baju kerana cuaca sangat sejuk. Dan tanpa mandi juga, Paul Hubert akan keluar ke kedai membeli barangan keperluan harian. Memang tak akan kantoi dia tak mandi sebab kebanyakan orang di sana berperangai sebegitu.

Lepas pergi ke kedai membeli apa yang patut, Paul Hubert balik ke rumah macam biasa. Sampai rumah, tanpa bukak kasut, Paul Hubert pergi ke dapur untuk meletakkan apa yang patut ke dalam peti ais, rak dan kabinet dapur. Selesai, tugasan itu, Paul Hubert kembali 'landing' ke katilnya untuk sambung tidur.



Gua rasa gua punya cara hidup sejak dua menjak ni sikit sama dengan Paul Hubert.

Zaman Teknologi

Mata gua tengah sedap menghadap komputer riba. Melayan kebosanan di kala petang sambil pekena air jarang segelas dua. Surya mesti lekat di tangan. Baru ada stail macam orang-orang yang berwawasan. Tak semena-mena..

"Ziuuunnggggggggg!!!!!"

Itu tandanya ada satu mesej sudah masuk dalam inbox henpon gua. Gua belek skrin henpon. Tertera "Mak" di situ. Ini maknanya mak gua hantar mesej. Maju jugak mak gua sekarang ni. Dah pandai main SMS dengan gua. Pantas gua kasi 'slide' skrin henpon untuk 'unlock'. Kalau lock cemana gaya gua nak baca ye tak? Bedebor juga rasa. Mak gua jarang main SMS-SMS dengan gua ni. Kalau ada apa-apa hal mesti dia talipon punya. Okey, mesej dah tertera. Gua baca satu persatu..

"salam alip. selamat hari lahir yg ke 26th..dah dewasa anak mak ni.. n mak dah makin tua. mak sentiasa doakan alip berjaya d dunia n akhirat n jadi anak yg soleh lagi beriman."


Gua senyum. Gua tau mak gua bagi ayat macam tu bukan kosong. 'Deep' juga dia punya maksud. Gua reply pendek juga rasanya.

"tengkiu mak. ingat dah lupa besday aku. kah kah kah!"


p/s: mak gua reti main SMS dah sekarang. siap layan short form. mak lu bila lagi?

Sunday

Ekor Ayam

Kelmarin, gua try buat koktel untuk esaimen subjek Principles of Marketing gua. Apa jadah wei marketing kena buat air segala macam. Tapi hujung-hujung gua tau air yang gua buat, gua kena 'market'kan untuk orang ramai. Ramai 'tester' gua cakap sedap. Ada rasa tangy dan lemak-lemak sikit. Keh keh keh.. Ini air bang..gua cakap lu.. air sihat! Zero fat kata omputih. So ini barang-barang yang lu kena ada untuk buat koktel yang gua namakan 'Kalabu Malami'.












Amacam? Haibat tak haibat? Mulai sekarang, gua buka tender untuk booking gua jadi bartender air halal. Keh keh keh..

Soalan:
Bam, lu dah bagi segala jenis barang yang perlu. Dah tu sukatan dia cemana? Takkan main tuang je?

Jawapan:
Bayar la.. baru tau sukatan dia. Kah kah kah!


Saturday

Fahmi Itu Panggil Menda Ni "Gip". Padahal "Gig". Bodo Sial...



Lu nak rasa pengalaman datang dengan gaya brader-brader metal kangkang, bermoshing sakan, beli stuff-stuff yang rare dan ganas, tapi bertempat di dalam gua? Peh... gila babi ni bai. Memang boleh kerek dengan member-member yang tak dapat pergi la senang cerita.

Gua sarankan lu orang wajib datang gig ni. Yang ade makwe/bini/bini-bini/skandal dan sebagainya, jangan risau. Angkut je sekali kalau diorang sibuk sangat nak folo. Yang brader-brader metal datang terus masuk dalam gua. Yang akak-akak bajet comel tak layan gig metal, boleh la mandi manda kat taman tema air. Amacam? Sedap tak pendapat gua? Baru la konsep Islam Hadhari brader. Lelaki tak campur dengan perempuan. Kah kah kah!

Gua cadang gua nak pergi gig ni nanti. Gua ngadap cermin tadi. Gua tengok rambut gua dah cukup sedap nak headbanging. Helikopter brader! Helikopterrrr!!! Tapi kalau gua berduit la.. Keh keh keh!


p/s: Bodo sial Fahmi Itu.. Gip? Watafak! Kah kah kah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...